Friday, October 24, 2008

Surprise for Cik Nina 22OCT2008!!

Dua hari lepas cikmya and the geng buat surprise kat Cik Nina utk Birthday dia. Pagi-pagi lagi kami dah letak muffin dan bunga kat meja opis Cik Nina.. Bila dia masuk ja.. Surprise!!!!!!







"Shhh......"













"Surprise!!!"







Happy Birthday to Cik Nina!!!






"Thank you!!!!" -Cik Nina








Wish you all the best and joy in life from all of us!
~your best friends~

Thursday, October 23, 2008

MYA : Hari ini dalam sejarah...

OK...At last MYA dah ada blog sendiri.. upon many request ( cewah..macam glamour).. Actually ada yg request tu sebab server kat opis kawan2 cikmya lambat nak view fotopages.. apparrraa. .

Now What??? Nak tulis apa nie.. Hari tu masa cikmya dok berangan nak buat blog ada jaa macam2 nak tulis.. sekarang tak tau pulak nak tulis apa.. (PS: Blogspot takdak icon smiley2 laa..susah nie..mcmna nak survive niee)


Bagi intro lah!!

MYA telah ditubuhkan sejak 2 tahun yang lalu oleh 3 orang pengasasnya....macam sejarah daaa.. Anyway, nama MYA nie sempena pangkal huruf nama2 kami 3 orang. Susah jugak nak bagi nama nie.. macam nak bagi nama anak jugak laa.. macam2 keluar.. last sekali kami pilih MYA.. actually nama penuh MYA ZARA ( simpan-simpan nie, esok2 ada kuiz MYA senang nak jawab) .. tapi lebih popular dengan MYA saja laa..

MYA nie macam2 dia boleh buat.. apa saja.. sebut saja.. tak boleh pun bagi boleh jugak..janji ada pulus... tu laa antara perinsip kami..

Mula2 dulu MYA jual baju2 seperti beg, blouse, kain baju kurung, punjabi sut dan beberapa jenis baju lagi .. Kami jual terus kat opis , kat kawan2 , sedara mara dan ada yg letak gak kat kedai2 member. Jualan ok tapi tak laa banyak untung sebab ambik barang dari wholesale..banyak jugak dugaan masa tu.. ishh.. panjang laa kalau nak cerita nie.. Then atas sebab2 dot dot dot tertentu ( saja nak buat dramatik sket story line nie), KAMI BAKAR BAJU2 tu!!!!..jeng jeng jeng ...heheh.. Tak lah.. habis juai gulung tiikar laa.. tak dah continue ambik baju2 tu lagi..kami pun rehat seketika...lama laa jugak.. kira bukan saja rehat.. tidur ..mimpi.. semua lah!!


Tiba2 dalam tengah2 tidur tu.. datang laa ilham .. tercetus laa idea nak buat sesuatu yg tak perlu depend kat orang lain..so kena laa buat sesuatu yg boleh buat sendiri.. Jahit Baju Sendiri!!! Gila apa!!!Mesin Jahit pun tak tau guna..

Idea itu adalah... Masak dan Makan.. sebab cikmya2 semua suka makan..so kami decide nak buat yg kami suka makan dan of course masuk income..heheh..

Kami pun memulakan idea dengan buat muffin yang sedap dan di sukai ramai.Yummyy!!!

Blog nie akan jadi tempat untuk kami berkongsi segala memori, kenangan dan cabaran2 yang cikmya akan tempuhi untuk lebih maju..

Selamat menjamu selera tekak dan otak!!!

~cikmya~

MYA Collection