Tuesday, April 13, 2010

Orang Kenduri Cik MYA yang sibuk ; )

Alhamdulillah.. sibuk2 pun ada makna.. heheh...

Kepada yang berhajat nak buat kenduri kahwin ka, open house ka, apa2 saja lah dan rasa2 nak try muffin cikMYA sebagai cenderahati boleh laa hubungi kami.

Harga bermula dari RM1 (plain) -Rm1.30(with filling/ada isi) dan harga nie termasuk standard packaging . Apa2 call saje cikMYA.

Minggu baru nie pun cikMYA dah siapkan muffin untuk cenderhati. ; ) Chaiyuk2!!

Jenis Muffin : Choc Chip
Harga : RM1.30 termasuk packaging
Saiz : Besar

~CikMYA suka makan nasik kenduri~

Thursday, April 8, 2010

Congrats and Thank you Suraya

Last week cik MYA berjaya siapkan cupcake Choc Joker and Bluberry Lake yang di order oleh Suraya dari Penang untuk majlis pertunangnya. Hopefully semua berjalan lancar.

@ Suraya : Thank you for the order and Congrats on your engagement! It's nice meeting you and hope to meet you again.

>>Choc Joker cupcakes nie CikMYA guna choc chip cupcakes and deco dengan choc cream ganache. We loike!!
>>Bluberry Lake cupcakes lak CikMYA guna butter with bluberry filling cupcakes and deco buttercream+bluberry jem as the lake ;p..heheh sedap



~Cik MYA got "keep the change"from Suraya..hehhe ; ) ~

Tuesday, March 23, 2010

Tahniah Ijan, Terima Kasih Adnin

Kerja office bertimbun , kerja rumah x siap , kerja update blog pun tak buat.. apa nie.. pehhh.. Sekarang nie cik MYA rasa hari dan waktu berlalu dengan cepat.. sedar2 dah minggu lain, sedar2 dah petang.. huhuhhu..

Macam entry ini, sepatutnya dah publish 2 minggu sudah tapi apakan daya masa tak mengizinkan..(alasan!! heheh)..
Apa pun cik MYA nak ucapkan tahniah kepada Ijan adik Adnin opis mate kami yang selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya di Pahang pada 13March2010. Tahniah! Semoga berbahagia ke anak cucu! Kepada Adnin pula , kami ucapkan terima kasih banyak2 kerana sudi order muffin dari cik MYA sebagai cenderahati kenduri. Danke!!

Chaiyuk2 MYA! 500 muffins on board!
Kepada sesiapa yang berminat untuk order seperti ini sila hubungi MYA bila2 masa ; )

~Cik MYA "ponteng" kerja buat muffin ~

Friday, February 19, 2010

Valentine during CNY theme..hehehe

Cuti 4 hari sempena CNY baru nie berlalu cepat sekali..sedar2 dah hari kerja.. Ramai jugak yang ambik kesempatan cuti panjang nie pergi bercuti dan buat majlis .
CikMYA pun ada menerima tempahan cupcake untuk majlis bertunang. CikMYA perasan ramai yang ambik tarikh 14Feb baru nie untuk majlis pernikahan dan bertunang , maybe sebab haritu hari kekasih. Bukan bermakna menyambut Valentine tapi sekadar mudah mengingat tarikh tu.. ( Bunga2+ hadiah2 pun senang nak dapat time nie..heheh)..Lagi menarik tahun nie cuti panjang sekali dengan CNY.. : )

So kali nie CikMYA nak post gambar cupcake yg kami buat untuk majlis pertunangan (saudaranya) pada 14Feb baru nie yang di tempah oleh Adi office mate CikMYA yang tak jemu2 menyokong kami..(thank you Adi!)..

Tadaaa....

Tak sangka pulak , design kali nie nampak macam CNY + Valentine plak.. hehehe..
Part yang sambung2 dengan ranting tu sumber inspirasi dari salah satu blog cupcake yang cik MYA tengok tak lama dulu..Suka laa idea nie..ehehheh


~Orang lain bertunang, cikMYA pun sibuk..ehhehe~

Wednesday, February 17, 2010

Power Puff Week!

Bermula dengan 20 bijik cream puff order dari cik Tasha yang teringin nak makan cream puff MYA , jumlah puff yang kami buat minggu lepas mencecah 200 bijik. Semua order yang kami terima dari rakan2 office yang sentiasa support MYA. Maria order untuk jamuan kindergarten anaknya. Abang Jalim pula order untuk isteri tercinta...hehhe.. Zaza pula untuk ibunda tersayang.. dan Jda plak untuk kawan2 dan family. Phew.. memang power puff week lah!

Terima kasih semua!!

~CikMYA tak sabar nak publish the next post!~

MYA Collection